MalaysianUnderwater.com (MUW) • View topic - Re: 2 PENYELAM HILANG SEMASA BAIKI KAPAL DI MUARA SUNGAI MIRI

Re: 2 PENYELAM HILANG SEMASA BAIKI KAPAL DI MUARA SUNGAI MIRI

2 PENYELAM HILANG SEMASA BAIKI KAPAL DI MUARA SUNGAI MIRI

Post Number:#1  Postby Zorree » Sun Mar 02, 2008 8:30 pm

Dear Divers,
Zorree
User avatar
Zorree
Diver
Diver
 
Topic author
Posts: 2
Joined: Thu Jan 24, 2008 12:20 pm
Location: Miri
Gender: None specified

Re: 2 PENYELAM HILANG SEMASA BAIKI KAPAL DI MUARA SUNGAI MIRI

Post Number:#2  Postby Scorpenesub » Sun Mar 02, 2008 8:47 pm

Zorree wrote:Dear Divers,


??? Whats the story here, zorree?  :icon_scratch: :binkybaby:
Stealth is success
User avatar
Scorpenesub
Scuba Guru
Scuba Guru
 
Posts: 1192
Joined: Wed Aug 15, 2007 9:03 pm
Location: Kuala Lumpur, Malaysia
Gender: None specified

Re: 2 PENYELAM HILANG SEMASA BAIKI KAPAL DI MUARA SUNGAI MIRI

Post Number:#3  Postby trigger fish » Sun Mar 02, 2008 9:05 pm

I think she want to say 2 professional divers missing while doing repair work

in Miri as of yesterday. Due to bad weather and rough sea condition, the 2 divers

not found yet. The search is still on going. I read it from the Star publication, no futher

details.  :crybaby2:
trigger fish
Master Scuba Diver
Master Scuba Diver
 
Posts: 666
Joined: Sat Jun 16, 2007 4:01 pm
Location: kuala lumpur
Gender: None specified

Re: 2 PENYELAM HILANG SEMASA BAIKI KAPAL DI MUARA SUNGAI MIRI

Post Number:#4  Postby Nizaha » Mon Mar 03, 2008 1:12 am

Very sad news. Hopefully they will find them,

Safe diving
Zaha
Equipment can go to those depths, but your body might not be able to..
Nizaha
Master Scuba Diver
Master Scuba Diver
 
Posts: 964
Joined: Mon Apr 09, 2007 12:00 pm
Location: lake Dore,Ontario, Canada
Gender: None specified

Re: 2 PENYELAM HILANG SEMASA BAIKI KAPAL DI MUARA SUNGAI MIRI

Post Number:#5  Postby Bobo® » Mon Mar 03, 2008 1:17 am

DUA PENYELAM HILANG SEMASA BAIKI KAPAL DI MUARA SUANGAI MIRI

MIRI, 29 Feb (Bernama) — Dua penyelam dilaporkan hilang dan dipercayai lemas ketika membaiki sebuah badan kapal kira-kira lima batu nautika di luar muara sungai Miri di sini tengah hari tadi.
Sehingga 6 petang ini, kedua-dua mangsa masih belum ditemui.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Jamaludin Ibrahim berkata kedua-dua penyelam tersebut dikenali sebagai Hii Teck Heng, 42 dan Chew Kim Jung, 37, dari Bintulu.
Katanya menurut laporan yang diterima, kedua-dua mangsa mula menyelam sejak pukul 8 pagi tadi.
Dalam pada itu, Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri Christian Olas berkata satu pasukan mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan ke tempat kejadian pada tengah hari tadi sebaik sahaja dimaklumkan oleh polis.
Katanya pasukan SAR, yang terdiri daripada anggota jabatannya, polis dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MME), terpaksa menghentikan usaha mencari mangsa pada pukul 6 petang kerana keadaan cuaca gelap dan laut bergelora.
Sementara itu, Komander Polis Marin Wilayah Utara Sarawak DSP Chris Goh Ban Hoe ketika dihubungi petang tadi berkata pasukan SAR setakat ini telah menemui sebuah tangki oksigen yang dipercayai digunakan oleh salah seorang mangsa tersebut.
Beliau tidak menolak kemungkinan kedua-dua mangsa terperangkap di bawah kapal berikutan arus deras ketika menjalankan kerja-kerja membaiki di bahagian bawah kapal tersebut.
Katanya kedua-dua mangsa yang hilang itu merupakan penyelam bertauliah dan air adalah sedalam kira-kira 42 meter di kawasan tempat kejadian. — BERNAMA

====================================================

MAYAT DUA PENYELAM DITEMUI TERSEPIT

MIRI 2 Mac – Mayat dua penyelam yang dilaporkan hilang Jumaat lalu dijumpai tersepit di bawah kapal tangki yang diperbaiki, kira-kira enam batu nautika dari Kuala Miri, pagi ini.
Bagaimanapun usaha mengeluarkan mayat Hii Teck Heng, 42, dan Chew Kim Jung, 37, terpaksa ditangguhkan esok berikutan keadaan ombak kuat hari ini.
Kedudukan mereka pada paras 29 meter dari aras laut juga dikatakan berbahaya bagi pasukan penyelam yang melakukan operasi mencari sejak kejadian itu berlaku.
Ketua Penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah  Miri, Kapten Ismaili Bujang Pit berkata, mayat keduanya berjaya dikesan pasukan mencari kira-kira pukul 11 pagi ini.
Menurutnya, mereka dijumpai dalam keadaan kaki masih tersepit di celah rekahan pada bahagian bawah kapal tangki yang mereka baiki sejak tiga hari lalu.
``Anggota penyelamat sudah berusaha tetapi keadaan ombak yang kuat menyukarkan usaha untuk mengeluarkan mangsa,'' katanya ketika ditemui semasa mengetuai operasi mencari di sini hari ini. 
Ismaili berkata, usaha mencari membabitkan Unit menyelam Jabatan Bomba, Polis Marin, APMM dan juruselam profesional yang diupah keluarga mangsa.
Dalam kejadian Jumaat lalu, kedua mangsa dilaporkan hilang semasa melakukan kerja meninjau tahap kerosakan pada kapal tangki yang sebelum itu terlanggar batu karang di situ.
Mereka dilaporkan mula menyelam di bawah kapal tangki sepanjang 80 meter itu pada pukul 8 pagi.
Dive Tenggara Adventure [1696725-D] twitter - @divetenggara
Need Seac-Sub, Pelican, Fantasea Line, DAN Insurance, call me www.divetenggara.com :: 019-2121109 :: info@divetenggara.com
Bobo®
SCUBA PROFESSIONAL
SCUBA PROFESSIONAL
 
Posts: 2796
Joined: Mon Sep 25, 2006 1:51 pm
Location: Dalam air ler....
Gender: None specified

Re: 2 PENYELAM HILANG SEMASA BAIKI KAPAL DI MUARA SUNGAI MIRI

Post Number:#6  Postby Cripple Diver » Mon Mar 03, 2008 1:22 am

Quoted from Bernama :


Bodies Of Two Divers Found Pinned Underneath Repaired Ship




MIRI, March 2 (Bernama) -- The bodies of two divers reported missing while repairing a ship about five nautical miles off here last Friday, were found Sunday.

A Search and Rescue (SAR) team located the bodies about noon, but could not retrieve the duo as they were pinned underneath the hull of the 1,500 deadweight tonne (DWT) Bunga Kelana 6.

The team was also hampered in its efforts to remove the bodies of Hii Teck Heng, 42, and Chew Kim Jung, 37, due to strong undercurrents and rough seas.

Miri police chief, ACP Jamaludin Ibrahim told Bernama that the choppy seas forced the SAR team comprising personnel from the police, Fire and Rescue Department and Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA) to call off their operation for the day.

He said the operation to retrieve the bodies would resume at day break, subject to weather condition.

"The divers who spotted the bodies had attempted to close in, but were swept away by the undercurrents.

"As we did not want to endanger the lives of the personnel involved in the operation, we decided to continue the operation tomorrow," added Jamaludin. Described as qualified divers, Hii and Chew, both of Bintulu, Sarawak, were engaged to carry out repair works on the ship about 8am last Friday.

Earlier, a hole underneath its hull was detected while it was anchored offshore here, in an area of about 13 metres deep.

About four hours later, when there was no sign of the two divers, a search operation was mounted.

-- BERNAMA
:iroc:  Fly High Dive Deep
Cripple Diver
Sport Diver
Sport Diver
 
Posts: 97
Joined: Tue Aug 14, 2007 4:18 am
Location: Kelumpor
Gender: None specified

Re: 2 PENYELAM HILANG SEMASA BAIKI KAPAL DI MUARA SUNGAI MIRI

Post Number:#7  Postby Scorpenesub » Tue Mar 04, 2008 12:28 am

:crybaby2: :crybaby2: :crybaby2:...May their souls rest in peace... :sad10:
Stealth is success
User avatar
Scorpenesub
Scuba Guru
Scuba Guru
 
Posts: 1192
Joined: Wed Aug 15, 2007 9:03 pm
Location: Kuala Lumpur, Malaysia
Gender: None specified


Return to Accidents and Incidents

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron