MalaysianUnderwater.com (MUW) • View topic - EARTHQUAKE HIT BALI

EARTHQUAKE HIT BALI

EARTHQUAKE HIT BALI

Post Number:#1  Postby run » Thu Oct 13, 2011 3:41 pm

2011/10/13KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi bermagnitud 6.1 melanda pulau Bali, Indonesia pagi ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa berlaku pada 11.16 pagi di selatan pulau tersebut, 154 kilometer barat daya dari Denpasar dan 1,350km tenggara Kuching, Sarawak. Gempa tersebut tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia, kata jabatan itu. Sementara itu, menurut laporan agensi AFP, ahli seismologi mengesahkan gempa berkenaan menyebabkan keadaan panik di kawasan pelancongan berkenaan.

Jurucakap Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia, Endro Tjahjono berkata, situasi itu juga menyebabkan bangunan di ibu kota Denpasar, kepulauan selatan Bali retak.

Katanya, gegaran itu berlaku beberapa minit di daerah pelancongan utama Kuta.

“Suasana panik tercetus, orang ramai lari meninggalkan bangunan. Apabila kami kembali ke bangunan pejabat, kami lihat berlaku keretakan di dinding dan sebahagian daripada plaster dinding turut terkeluar,” katanya. - BERNAMA/AFP
run
Master Scuba Diver
Master Scuba Diver
 
Topic author
Posts: 859
Topics: 20
Joined: Wed Jan 05, 2011 4:12 pm
Gender: None specified

Re: EARTHQUAKE HIT BALI

Post Number:#2  Postby run » Thu Oct 13, 2011 3:43 pm

run
Master Scuba Diver
Master Scuba Diver
 
Topic author
Posts: 859
Topics: 20
Joined: Wed Jan 05, 2011 4:12 pm
Gender: None specified


Return to In The News

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron