(Utusan Malaysia 13 februari 2007)
Tongkang rosakkan terumbu karang Pulau Kapas
MARANG 12 Feb. _ Sebuah tongkang yang membawa peralatan serta tiang untuk kerja-kerja pemasangan bekalan elektrik di Pulau Kapas di sini dipercayai telah mengakibatkan kerosakan kepada batu karang di kawasan perairan pulau tersebut.
Kejadian yang dipercayai berlaku lewat petang semalam antara perairan Pulau Kapas dan Pulau Gemia itu disedari oleh seorang penyelam bebas, Zainal Azam Hashim, 45.
Zainal Azam yang juga ketua jurulatih skuba di Pulau Kapas mendakwa, beliau telah cuba menghalang tongkang itu daripada terus melalui kawasan tersebut tetapi gagal.
“Apabila menyedari tongkang itu tersalah laluan, saya memberikan isyarat supaya jurumudinya tidak memasuki kawasan itu yang sememangnya dikenali di kalangan penyelam sebagai kawasan yang mempunyai banyak terumbu karang.
“Bagaimanapun, isyarat itu tidak diendahkan menyebabkan tongkang itu tersangkut di kawasan tersebut dan dipercayai telah menyebabkan kerosakan kepada batu karang di pulau ini,'' katanya ketika ditemui di Pulau Kapas di sini hari ini.
Difahamkan, kejadian itu telah dilaporkan kepada Unit Taman Laut yang kemudiannya mengambil tindakan segera dengan menghantar sekumpulan penguat kuasa termasuk unit penyelam untuk memeriksa tahap kerosakan yang dialami.
Tinjauan yang dilakukan petang ini mendapati tongkang tersebut masih berada di kawasan itu bersama sekumpulan penyelam yang dipercayai daripada Unit Taman Laut serta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi menyiasat kejadian itu.
Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh yang diminta mengulas kejadian itu berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku terutama di kawasan pulau yang sering menjadi tumpuan pelancong.
''Setakat ini, saya masih belum menerima sebarang laporan tentang kejadian itu. Saya akan arahkan pegawai daerah menyiasat perkara berkenaan,'' katanya ketika ditemui di Kuala Terengganu hari ini.
(Jembalang Laut can you translate...)

Sebuah tongkang yang mengangkut tiang dan kabel elektrik TNB tersangkut di Pantai Pulau Kapas,Marang,Terengganu,semalam.

Razali Ismail (kanan) bertanya sesuatu kepada pengusaha pelancongan dan penyelam skuba berkenaan sebuah tongkang yang mengangkut tiang dan kabel elektrik TNB tersangkut di Pantai Pulau Kapas,Marang,Terengganu, semalam.
[size=24]
First the dugong, now the barge, next what..???[/size]